Sunday 18 November 2012

Under construction . . .





Selamat datang ke web you & i Homestay...kami memohon maaf jika terdapat gangguan sekali - sekala kerana kami dalam proses manaik taraf web kami... bagaimanapun anda masih boleh melayari web kami mungkin ada sedikit perubahan layout dan wajah.... terima kasih kerana masih sudi melawat kami..... 

Sunday 4 November 2012

War Museum Penang



Bayaran masuk adalah RM 20 untuk dewasa. Hamapamai lah sini, melawat muzium perang yang terbesaq kat Asia Tenggara nie. Dibina pada tahun 1930 dan start digunakan untuk operasi ketenteraan pada tahun 1939.

Pada tahun 1942 kubu nie jatuh ke tangan Jepun lapaih kalah kat  pihak British. Dan jugaklah geng Jepun konquer tempat nie dalam 2.5 tahun sebelum Jepun tersungkoq kepada tentera perikatan pada tahun 1945.lepaih dari tu, kawasan nie terbiaq sepi.

Keluasan sebenaq kawasan nie adalah 8 hektaq yang merangkumi 29 tempat menarik untuk dilawati termasuk struktur kubu-kubu tempat perlindungan tentera, lubang perigi, klinik, open teater room, menara tinjau, 20 port menembak, 12 berek askaq , penjara, dapur, bilik rehat, penjana elektrik dan beberapa tempat menarik lagi.

Pernah terbaca adanya unsur unsur mistik di tempat nie yang akan menambahkan lagi unsur-unsur suspen sepanjang lawatan hampa. Tapi jangan lah risau, datang melawat waktu siang ja, nak takut buat apa..hahaha.

Hampa perlu tau, tempat nie dulu berlakunya penyeksaan dan pembunuhan. Lapaih 60 tahun tempat nie terbiaq, maka bermulalah usaha membaik pulih tempat ni untuk dijadikan muzium dan tatapan orang ramai. Maka bertempiaranlah haiwan liaq yang dulunya mendiami tempat nie mencari port baru.

Takdala mistik sangat pun, tapi hampa akan melawat tempat kejadian asai dimana tahanan dipancung, diseksa, dipenjara. So memang meremang jugak bulu roma bila berada di tempat ni bila tengok gambar-gambar lama asal kat sini. Ada sesetengah tempat yang masih mengekalkan cat hijau asai semasa pemerintahan Jepun masa dulu.

Kalau setakat nak tengok serpihan pinggan mangkuk asai yang digunakan dulu pun masih ada lagi. Periuk, kuali dan juga alatan untuk penyeksaan.

"Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Muzium Perang ni seluas 20 ekar memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua.

Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang besa dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang ini ditempatkan di beberapa tempat di atas dan di bawah peninggalan kubu lama British. Pelancong boleh menjelajah melalui berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong, dan liang pengudaraan." mai penang jangan tak singgah pulak.


Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets