Industri pelancongan tidak lengkap jika tiada inudstri sokongan seperti
logistik dan sebagainya. Tetapi industri pelancongan tidak akan lengkap jika
tiada produk makanan yang sedap.
PENANG, kepada pelancong asing saya akan terpukau dengan keindahan di
pulau ini. Pulau ini memang semulajadi cantik, memang sesuai dengan gelaran
'Pulau Mutiara' atau 'Pearl of the Orient'. Tetapi misi saya pada kali
ini bukan mencari keindahan alam tetapi
mencari keindahan makanan di pulau mutiara ini.
Jika sampai di Pulau Mutiara ini jangan lupa singgah kedai makanan laut
Pak Cik Adnan di Kampong Telok Tempoyak. Pak Cik Adnan telah berniaga ikan
bakar semenjak tahun 1980an lagi. Maka tidak hairanlah bila anda merasa masakan
laut Pak Cik Adnan, anda boleh merasa kepakaran lebih 3 dekad di dalam masakan
beliau.
Jika anda dari Kuala Lumpur, selepas jambatan Pula Pinang belok ke kiri.
Jengah-jengah papan tanda Muzium Perang. Selepas selekoh ke Muzium Perang,
anda akan dapat melihat papan tanda ke Telok Tempoyak di sebelah kiri
anda. Akan akan dapat melihat jalan yang berbukit...layan sahaja jalan tar naik
dan turun bukit sehingga anda nampak dewan orang ramai disebelah kiri
anda...kedai Pak Cik Adnan disebelah dewan tersebut.
Kedai ikan bakar ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari
pukul 6 petang hingga 11.30 malam. Pengunjung dinasihat datang awal terutama
pada hujung minggu. Tempat duduk dan meja makan banyak tapi pengunjung lebih
banyak.hehehe….paham2 je la….
Jika anda datang pada waktu petang, anda dapat menikmati pemandangan
ufuk yang kemerah-merahan. Sesiapa yang kaki pancing, boleh memancing di
pelantar yang jauh ke melunjur ke tengah laut. Terdapat surau berhampiran. Jadi
pada pengunjung dan pemancing tempatan, silalah ke surau untuk menunaikan solat
maghrib.Kepada musafir, jangan lupa menjamak solat anda selepas menjamu selera.
Ada pelbagai pilihan makanan laut yang anda boleh pilih. Menu yang wajib
adalah ikan bakar. Anda juga boleh mencuba kepah dan juga butter prawn. Pak Cik
Adnan semasa muda pernah bekerja di gerai ikan bakar orang lain. Dia akhirnya
mencipta resepi sambal nya sendiri dan mula membuka kedai makanan lautnya
sendiri ditapak yang sedia ada sekarang. Berdasarkan pada jumlah pengunjung
yang ramai dan kedai tersebut sudah bertahan selama lebih daripada 3 dekad,
sambal ikan bakar Pak Cik Adnan memang tiada tandingannya.
Jangan risau tentang harga. Harga memang berpatutan dengan kesegaran dan
kesedapan masakannya. Harga mampu makan, sesuai dengan pendapatan kita rakyat
biasa ini. Kalau anda kebetulan berada di pulau mutiara, singgah-singgah
lah ke Kedai Ikan Bakar di Teluk Tempoyak ni...kesedapannya sehingga
menjilat jari.