Sunday 30 December 2012

Kuey Teow Th'ng CIFU OMAR




Muuuuahhhh…  Kuey teow th'ng  Cifu Omar … Berhampiran dengan You  & I homestay … lokasi di medan selera bersebelahan dengan pertonas Tanjung Tokong,memang mantap.Disini saya nak berkongsi dengan penggemar2 makanan.Saya dah pekena koey teow  th’ng kat serata utara tapi tiada lagi yg dapat tandingi Cifu Omar disulam pulak dengan cabai jeruk peeehhh!!!! terangkat . Disini ada juga hokkien mee dan kaki ayam yang empuk untuk diratah. Mula beroperasi pagi dari jam 0900 sampai pukul  0100 petang. Bak kata pepatah “kalau mai penang mesti  breakfast kat sini” hehehehe…. Tak tahu la apa yang sedap sangat sehingga ke titisan akhir . Kalau tak percaya mai  try sendiri !!!!!! 
 Perjalanan dari homestay kami...
#CIFU OMAR HOKIEN MEE...

Nasi Kandaq Line Clear



        Hari ni nak sembang pasai “ Nasi Kandaq Line Clear” !!!  Sapa tak pernah dengaq nama ni memang top la kan.Tapi kalau nak cari tu belum tentu hampa jumpa sebab tempat ni agak tersorok sikit kalau tak prihatin  terlepaih la jawabnya. tapi berjinggut gak la nak cari kedai nie...dekat 10 kali round tak perasan kedainya coz kedai nie dicelah-celah bangunan besar,untuk makluman hampa, nasi kandar Line Clear yang terletak di tengah2 bandar Georgetown.

        Kedai mamak Line Clear ni terletak di celah lorong  ja, kerusi ala2 kantin sekolah, meja pun nak roboh, tetapi masakan dia, peeerrrrgh terangkat!, pasti teringat sampai bila2, aku pun tak taula apa yang dia bubuh dalam kari dia, tapi yg pasti, 24 jam kedai ini akan dipenuhi dengan pelanggan dari serata pelusuk tanah aiyaq,kalau mai tengah hari atau malam, sebiji macam stesen bas kerana orang beratoq nak ambil lauk punyalah panjang.Agak2 mahal ke murah...tapi rasa memang berbaloi la dengan lauk yang kita ambil.Jagan rabun mata masa nak ambil lauk tu… kang masa nak bayaq pun rasa nak rabun …heheh… amik yang patut2 ja tau… 

         Bagi orang yang berada sekitaq Penang atau nak mai melancong kat Penang boleh la singgah kat sini …. 


Rojak Tonggek...Penang




      Lokasi dia Jalan Bagan Luar, Butterworth, Pulau Pinang...dekat ngan jeti..Dengar nama pun rasa lain macam..rojak tonggek...ni mai nak habaq sikit pasai rojak tonggek ni...sebenaqnya kalau orang penang mmg dah selalu dengaq...sbb apa panggil mcm tu...sebabnya klu kita nak makan kt cni kita kena tonggek sikit...bukan disuruh pun makan menonggek tapi bila kita makan memang automatik hampa akan tonggek.Kalau tak caya hampa try tgk makan jangan tonggek…. Cek cabaq !!! heheheh.silap macam2 corak lekat kat baju.. memang best lah..kebanyakan buah-buahan kt cni smua fresh2 lagi pastu cicah dgn kuah rojak yang manis @ pedas....kuah rojak dia letak sebekaih kat cni....kemudian tabuq  kacang tanah...hampa cicah la banyak mana yang hampa suka..harga secucuk 0.40 – 0.60 kupang..
     Tapi kalau first time datang sini nasihat cek usar dulu teknik2 nak melantak rojak ni…takut hampa rasa kekok pulak. Dengan tak disediakan kerusi..pastu amik buah yang dah dicucuk dgn lidi..cicah dgn kuah rojak yang  pakat share ramai.....fuhh...memang tertonggek..

Selain buah-buahan ada gak tauhu,telur puyuh,fishball n sotong kembang yang telah dicucuk dgn lidi.tapi masa makan jgn control pulak mesti salah suap pi ke hidung….hampa buat macam org tak nampak ja…

      Kalau ikutkan nak buat kat rumah pun boleh,beli buah,kupas n cucuk le kat lidi pastu cicah ngan kuah rojak..tapi rasa cam tak sama je kan...sbb kat sini makan macam kenduri ramai2 sedaq2 dah 20 cucok heheh… pastu cuba hampa makan camni kat rumah silap2 kena hambat dengan mak disbbkan kuah rojak betaboq ataih lantai…...Pastikan kepada hampa yang bercuti ke penang kalau balik naik feri jangan lupa singgah sat kat sini..


Taman Perbandaran MPPP (Youth Park/Taman Belia) Pulau Pinang





       Jom kita sembang tentang TAMAN PERBANDARAN PULAU PINANG pulak.Jarak homestay YOU & I HOMESTAY ke taman belia l ~ 3.2 km,jika menaiki kenderaan mengambil masa ~ 8 minit.ia bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan masyarakat setempat malah amat sesuai untuk aktiviti rekreasi dan beridah bersama keluarga.Menurut pegawai Tadbir MPPP ia dibuka sejak tahun 1972 dan dikenali sebagai Taman Belia atau Youth Park ketika itu. Pada tahun 1993 namanya ditukar secara rasmi kepada Taman Perbandaran MPPP.
       Di sini tersedia pelbagai aktiviti menarik antaranya berkelah dan mandi-manda di kolam mandi . Ada 3 kolam mandi (percuma) di sini,selain itu pengunjung juga bebas melakukan aktiviti riadah lain seperti senaman tai chi dan senamrobik di padang serba guna atau sekadar menghirup udara segar dengan berjalan-jalan atau berjoging di trek yang dibina khas. Sementara itu, panggung terbuka yang dikhaskan untuk persembahan hiburan, gimnasium, Skate Park dan memanah mempopularkan lagi kawasan rekreasi berkenaan. Pengunjung yang menggemari aktiviti lasak pula, mereka boleh merasai pengalaman mencabar menerusi sukan lasak di bawah Persatuan Sukan Lasak Pulau Pinang yang acap kali dijalankan di situ selain aktiviti sampingan seperti hiking dan jogathon
         Taman itu turut mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Landskap Negara selain Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengindahkan lagi persekitaran. Taman yang berkonsepkan laman hijau memperuntukkan satu lokasi untuk tanaman pelbagai tumbuhan renek. Jumlah pengunjung ke taman tersebut mencecah 1,000 orang setiap hari dan adakala melebihi 3,000 hingga 5,000 orang terutama pada hujung minggu dan menjelang musim cuti sekolah atau hari kelepasan am. Pengunjungnya bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan malah terdapat juga pelancong asing. Tidak perlu risau untuk berkunjung pada hari cuti memandangkan telah tersedia kawasan letak kereta yang mencukupi di situ selain kemudahan kedai cenderahati dan lain-lain. Taman seluas 66.8 hektar dibuka secara PERCUMA kepada orang ramai dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang
     Jika mengunjungi Pulau Pinang jangan lupa singgah ya… Tempat ni memang menarik selain dapat menghirup udara segar anda dapat melihat keindahan tumbuhan hijau.. tempat ini memang bersih…


Homestay berhampiran dengan Penang Adventist Hospital



        Jarak Penang Adventist Hospital dari You & I Homestay  hanya 2.9km sahaja, jika menaiki kenderaan hanya 5 minit ke sini. Jika anda ingin mendapatkan penginapan sementara pesakit menjalani rawatan di  Adventist Hospital amat sesuai menginap di sini kerana lokasinya dekat dan selesa . Seperti yang anda sedia maklum Penang Adventist Hospital merupakan Hospital ternama kerana terdapat Lebih daripada 60 pakar dengan 21 kepakaran dalam 1 hospital.Ditubuhkan pada tahun 1924.Kebanyakan pesakit sanggup datang ke sini untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Bukan sahaja di dalam Negara malah Negara – Negara jiran yang berhampiran juga sanggup datang ke sini untuk menjalani rawatan yang terbaik. `KESELESAAN ANDA KEPUASAN KAMI’

Lorong kulit/road/rope/rock walk barang antik



         Jarak tempat ini dari You & i Homestay 6.8KM ~ 13 minit ke sini.Ada orang panggil road/rope/rock walk. macam-macam nama tapi tempatnya sama ja.Tempat ni memang fames dengan barangan antik.Kepada penggemar barangan entik sila la berlabuh disini mesti tak cukup duduk sehari kat sini mau 2 hari tu. hehehe...... Memang murah barang antik kat sini. kalau dah jual kat kedai ,kat town, sure mahal.
kat sini semua barang ada jual. rasa dah tak mau, menyemak rumah, amik jual kat sini.Ada teddy bear, spanar, barang elektrik, gambar lama-lama , poskad lama ,stem, alat-alat tulis, baju lusuh, beg zip rosak, kasut tampung.
         Selagi ada barang terbuang, selagi ada orang nak beli, jual saja. kekadang ada rasa macam nak buka meja kat sini gak.Tapi kalau datang sini memang buat kita leka sebab barang yang pelik dan ajaib pun ada.
Jangan lepaskan peluang kalau ke pulau pinang singgah sat kat sini.







Masjid Terapung Tanjung Bungah Penang



     Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki.Jarak You & i Homestay ke masjid ini ~5.4KM dan ~ 12minit menaiki kedaraan.
Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.
Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan.

Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia. 

Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah.
Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut.
Sebelum sampai batu feringgi jagan lepaskan peluang singgah solat di masjid ini.

Saturday 29 December 2012

Thaipusam 2013


Thaipusam biasanya diadakan pada minggu terakhir Januari atau awal Februari. Semasa perayaan ini, status Tuhan Muruga akan dibawa pada sebuah kereta kuda perak yang diketuai oleh lebih daripada 60 Kavadis dari Little India Kuil Nattukottai Chettiar di atas bukit Jalan Waterfall. Breaking kelapa dan juga penganut pergi melalui ketahanan fizikal skewered dan dicucuk di belakang dan depan tubuh mereka adalah tradisi yang utama untuk acara ini.


Tajuk Acara: Thaipusam
Tarikh: 27 Jan 2013
Masa: 6:00-11:00
Tempat: Dari Little India Waterfall melalui Jalan Dato Keramat.




Tempat Menyambut Tahun Baru Penang 2013




Countdown New Year 2013 diadakan setiap tahun di Pulau Pinang,
seperti di Queensbay Mall dan tapak Pesta Pulau Pinang dan banyak lagi.
Perayaan malam yang panjang dipenuhi  dengan aktiviti , persembahan pentas dan jemputan para artis untuk memeriahkan malam akhir tahun sementara menanti  (00:00:00 01/01/2013)
Sebelum menjelang tengah malam, ada yang sanggup membawa keluarga untuk melihat bunga api . bersantai di pantai ,makan-makan sementara menanti  jam 12 malam  ke arah tahun baru.Kepada anda yang bercuti ke Penang boleh meraikan tahun baru disini.

Nikmati paparan cemerlang bunga api untuk menyambut tahun baru 2013.







Saturday 8 December 2012

Bike Rental Straits Quay


Kepada pengunjung yang ingin bersiar-siar di sekitar Straits Quay dengan basikal boleh menyewanya disini.
Straits Quay merupakan tempat yang menarik untuk dilawati.Jarak You & I Homestay hanya 2km dari lokasi kami.

Monkeycup@Penang Hill Photo Contest 2012


Jarak You & i Homestay ke Penang Hill ~ 10.5km dan mengambil masa 21 minit.Sertai Pertandingan ini.
Untuk maklumat tetamu You & i Homestay.


Hill Photo Contest 2012
Date: 1st December 2012 to 31st December 2012
Semua peserta hendaklah mendaftar sendiri dan mendapatkan borang peraduan di kaunter tiket Monkeycup @taman penanghill .

Tuesday 4 December 2012

Permohonan/Update Online BR1M 2.0 / Skim Individu Bujang @ Download Borang





Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan mulai November 2012 melalui Pejabat Pembangunan Negeri, Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi seluruh negara.

Pemohon yang telah mendaftar untuk BR1M sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran semula. Hanya permohonan yang ditolak perlu membuat permohonan KECUALI jika :
  •        Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  •        Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi :
  •          Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  •          Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh         negara
  •          Jabatan Pembangunan Persekutuan
  •        Jabatan Kebajikan Masyarakat
  •          Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  •        Online di laman sesawang www.hasil.gov.my

Anda juga boleh mengisi/kemaskini  borang secara online ebr1m pada pautan dibawah:



Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 (Isi Rumah) –Bantuan sebanyak RM 500
  •          Warganegara Malaysia
  •          Berkeluarga / Ketua Keluarga dengan isi rumah keseluruhan berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah.
Tarif ketua keluarga
  •          Individu yang telah berkahwin
  •        Ibu /bapa tunggal yang mempuyai tanggungan
  •          Bujang yang mempunyai tanggungan
  •          Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang hidup bersendirian.
Syarat Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang – Bantuan sebanyak RM 250

  •          Warganegara Malaysia
  •          Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak        melebihi RM 2000 ke atas.
  •          Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
  •          Bukan penuntut IPTA/IPTS
  •          Bekas penuntut IPT dan masih menganggur







Saturday 1 December 2012

Jadual Pesta Pulau Pinang 2012


Pesta Pulau Pinang kembali lagi ,Jom kawan kawan semua kita memeriahkan lagi pesta pulau pinang sungai nibong .Kali ini dengan Artis – artis yang PANAS PANAS .Kita jugak ada BATTLE OF THE BAND         
Bagi memudahkan perancangan anda dan memilih hari yang sesuai tentang artis pilihan ada boleh rujuk di bahagian jadual dibawah. 

ACARA PERSEMBAHAN PESTA 2012
BIL
TARIKH
HARI
Masa PROGRAM
1
01/12/12
SABTU 8.45 malam
Orkestra P.Ramlee
2
02/12/12
AHAD 8.45 malam
Dua Irama
3
03/12/12
ISNIN 8.45 malam
SARINGAN 1-BINTANG PESTA 2012
4
04/12/12
SELASA 8.45  malam
SARINGAN 1-BINTANG REMAJA PESTA 2012
5
05/12/12
RABU 8.45 malam
AFIX & Mr Freind
6
06/12/12
KHAMIS 8.45 malam
SARINGAN 2-BINTANG PESTA 2012
7
07/12/12
JUMAAT 8.45 malam
SARINGAN 2-BINTANG REMAJA PESTA 2012
8
08/12/12
SABTU 8.45 malam
ONE NATION EMCEE
9
09/12/12
AHAD 8.00 Malam
MAJLIS PERASMIAN PESTA PULAU PINANG 2012 OLEH TYT Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang
10
10/12/12
ISNIN 8.45 malam
   KEBUDAYAAN SUMATERA UTARA
11
11/12/12
SELASA 8.45 malam
Orkes MPSP
12
12/11/12
RABU 8.45 malam
SEPARUH AKHIR -BINTANG PESTA 2012
13
13/12/2012
KHAMIS 8.45 malam
SEPARUH AKHIR-BINTANG REMAJA 2012
14
14/12/2012
JUMAAT 8.45 malam    
PERTANDINGAN KOMPANG-PERINGKAT AKHIR
15
15/12/2012
SABTU 8.45 malam
KONSERTS ZAMANI
16
16/12/2012
AHAD 8.45 malam
Rock Otai 1-AMUK
17
17/12/2012
ISNIN 8.45 malam
SARINGAN 1-BATTLE OF THE BAND
18
18/12/2012
SELASA 8.45 malam
SARINGAN 2-BATTLE OF THE BAND
19
19/12/2012
RABU 8.45 malam
FINAL BINTANG REMAJA/BINTANG PESTA 2012
20
20/12/2012
KHAMIS 8.45 malam
PERSEMBAHAN PENTAS
21
21/12/2012
JUMAAT 8.45 malam
PERSEMBAHAN PENTAS
22
22/12/2012
SABTU 8.45 malam
SEPARUH AKHIR BATTLE OF THE BAND
23
23/12/2012
AHAD 8.45malam
PESTA SILAT 2012
24
24/12/2012
ISNIN 8.45 malam
BATTLE OF THE BAND-AKHIR
25
25/12/2012
SELASA 8.45 malam
 KONSERTS KRISTAL
26
26/12/202
RABU 8.45 malam
KONSERTS BLACK
27
27/12/2012
KHAMIS 8.45 malam
MAHARAJA LAWAK
28
28/12/2012
JUMAAT 8.45 malam
KONSERTS SALIM
29
29/12/2012
SABTU 8.45 malam
ROCK OTAI 2-LEFTHANDED
30
30/12/2012
AHAD 8.45 malam
NAJWA
31
31/12/2012
ISNIN 8.45 malam
MP BAND-ROCK OTAI 3-XPDC
32
01/01/13
SELASA 8.45 malam
ROCK OTAI 4-JINBARA

# tertakluk kepada pindaan.

ACARA PERSEMBAHAN PESTA 2012-RUMAH KESENIAN
BIL
TARIKH
HARI MASA
PROGRAM
1
01/12/12
SABTU 8.45 MALAM
Reach Band
2
02/12/12
AHAD 8.45 MALAM
Sahabat Belia
3
03/12/12
ISNIN 8.45 MALAM
MISTRAL
4
04/12/12
SELASA 8.45 MALAM
MBS
5
05/12/12
RABU 8.45 MALAM
Persembahan Pentas
6
06/12/12
KHAMIS 8.45 MALAM
MAN’S BAND
7
07/12/12
JUMAAT 8.45 MALAM
Signature Band
8
08/12/12
SABTU 8.45 MALAM
Irama Baru
9
09/12/12
AHAD 8.45 MALAM
JUALU Band
10
10/12/12
ISNIN 8.45 MALAM
NAGA BARA
11
11/12/12
SELASA 8.45 MALAM
KEBUDAYAAN SUMATERA UTARA
12
12/11/12
RABU 8.45 MALAM
Chinese Karaoke
13
13/12/2012
KHAMIS 8.45 MALAM
Chinese Karaoke
14
14/12/2012
JUMAAT 8.45 MALAM
Hindustani
15
15/12/2012
SABTU 8.45 MALAM
CCK BAND/PERTANDINGAN MOTOR CANTIK
16
16/12/2012
AHAD 8.45 MALAM
Hindustani
17
17/12/2012
ISNIN 8.45 MALAM
The Project Band
18
18/12/2012
SELASA 8.45 MALAM
SAKURA
19
19/12/2012
RABU 8.45 MALAM
Sas 99
20
20/12/2012
KHAMIS 8.45 MALAM
Astro-Chinese
21
21/12/2012
JUMAAT 8.45 MALAM
Thavares
22
22/12/2012
SABTU 8.45 MALAM
PERSEMBAHAN PENTAS
23
23/12/2012
AHAD 8.45 MALAM
PERSEMBAHAN PENTAS
24
24/12/2012
ISNIN 8.45
MALAM DE Quest
25
25/12/2012
SELASA 8.45 MALAM
PERSEMBAHAN PENTAS
26
26/12/2012
RABU 8.45 MALAM
PESTA TINJU
27
27/12/2012
KHAMIS 8.45 MALAM
PESTA TINJU
28
28/12/2012
JUMAAT 8.45 MALAM
PESTA TINJU
29
29/12/2012
SABTU 8.45 MALAM
PESTA TINJU
30
30/12/2012
AHAD 8.45 MALAM
PESTA TINJU
31
31/12/2012
ISNIN 8.45 MALAM
PENANG MUAY THAI OPEN
32
01/01/13
SELASA 8.45 MALAM
PERSEMBAHAN PENTAS

DEWAN BADMINTON
BIL
TARIKH
HARI
PROGRAM
1
01/12/12
SABTU

2
02/12/12
AHAD

3
03/12/12
ISNIN

4
4/12/12
SELASA

5
5/12/12
RABU

6
6/12/12
KHAMIS

7
7/12/12
JUMAAT
BADMINTON
8
8/12/12
SABTU
BADMINTON
9
9/12/12
AHAD
BADMINTON
10
10/12/12
ISNIN

11
11/12/12
SELASA

12
12/12/12
RABU

13
13/12/12
KHAMIS

14
14/12/12
JUMAAT

15
15/12/12
SABTU
KABADI
16
16/12/12
AHAD
KABADI
17
17/12/12
ISNIN

18
18/12/12
SELASA

19
19/12/12
RABU

20
20/12/12
KHAMIS

.21
21/12/12
JUMAAT

22
22/12/12
SABTU
Pertandingan Kucing
23
23/12/12
AHAD
Pertandingan Kucing
24
24/12/12
ISNIN

25
25/12/12
SELASA

26
26/12/12
RABU

27
27/12/12
KHAMIS

28
28/12/12
JUMAAT

29
29/12/12
SABTU

30
30/12/12
AHAD

31
31/12/12
ISNIN







Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets