Wednesday, 17 April 2013

Sup Hameed Penang ( Tempat Makanan Sedap di Pulau Pinang)




Jika anda berada di Pulau Pinang dan telahpun puas menjamu selera dengan Nasi Kandar di waktu siang, apa kata pada sebelah malamnya Anda mencuba Sup Hameed.
Restoran ini terletak di Penang Road berhadapan Hotel Malaysia Georgetown. (coordinate :  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E ). Tepi jalan je. senang nak nampak. cuma kereta kalau nak parking susah sikit la..Di samping sup, restoran ini juga turut menawarkan menu
Nasi Kandar dan makanan lain.

Sup Hameed ni agak terkenal juga dikalangan penduduk Penang.. mereka kebiasaannya akan kesini untuk menghirup sup yang panas-panas .
Walaupun Sup yang dihidangkan agak cair dan kurang pekat, rasanaya agak berlainan dan istimewa. Tidak hairanlah orang ramai sentiasa bertumpu untuk menikmati pelbagai rasa sup di sini.


Apa yang lebih istimewa ialah Restoran ini turut menawarkan Sup
Torpedo yang jarang-jarang ditemui di restoran Sup lain.selain itu ada. sup daging, sup ayam, sup kambing, sup urat, sup perut, sup ekor.

Kalau order sup, automatic akan dapat roti. nak makan atau tak roti tu, terpulang. kalau tak nak, jangan sentuh. (harga lain-lain). kalau nak makan dengan nasi pun boleh. kalau rasa tak cukup, sup boleh refill, tapi sekali je la.
Rempah yang digunakan juga tidak terlalu
kuat dan supnya boleh di hirup pantas, panas dan puas.

Da rasa lapar sup? Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..
.. Memang marveles..  .

Waktu perniagaan bagi Sup ini ialah selepas jam 4.30 petang hingga larut malam.
Selamat mencuba.


0 ulasan:

Post a Comment

*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...

Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets