Wednesday 10 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Online PRU 13 atau Melalui SMS / Borang Permohonan Undi POS



Pilihan raya ke 13 akan muncul tidak lama lagi setelah pembubaran Parlimen beberapa hari yang lalu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pastinya ramai yang sudah mendaftar sebagai pengundi. Bagi yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan melalui laman web, sms dan juga talian telefon.

1.Semakan Melalui Laman Web
 *Klik link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah Di Laman Web SPR -      http://daftarj.spr.gov.my//
* Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan klik SEMAK


2. Semakan Melalui SMS


Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888

3. Semakan Melalui Talian Telefon


Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)


4. Bagi yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di Seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

6. Senarai Pusat Mengundi





7.BORANG PERMOHONAN UNDI POS

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke Pusat-pusat    Pengundian Awal/ Biasa kerana :
a) Merupakan anggota polis yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
b) Merupakan anggota tentera yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
c) Merupakan petugas Media yang bertugas membuat liputan perjalanan Pilihan Raya di luar kawasan
d) Merupakan Petugas-petugas Pilihan Raya yang terpaksa bertugas menguruskan Pilihan Raya

Anda layak untuk memohon Undi Pos. Sila muat turun BORANG 1A (Permohonan Undi Pos Dalam Negara)


Dapatkan maklumat terkini tentang PRU13 melalui : 
Selamat mengundi Rakyat Malaysia !!!!!!




0 ulasan:

Post a Comment

*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...

Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets