Saturday, 20 April 2013
Nasi Kandar Beratur Penang Resepi Original Sejak 1943
Kalau sebut Nasi Kandar Beratur pasti ramai yang dah tahu keistimewaan nasi kandar ini. Resipi original yang digunakan untuk nasi kandar ini telah digunakan semenjak tahun 1943 lagi.Bagi yang belum pernah mendengar nama Nasi Kandar Beratur kini anda akan mengenali nasi kandar yang sangat famous di Pulau Pinang ini.
Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa nama kedainya Nasi Kandar Beratur? Jawapannya ada pada gambar di bawah.
Ini adalah situasi yang biasa anda akan lihat bila berkunjung ke Nasi Kandar Beratur. Pengunjung akan biasanya beratur sebelum pukul 10 malam lagi. Bagi yang ingin ke sini pastikan anda tidak datang dengan perut yang kosong sebab anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran anda. Takut ada yang pitam pulak sebab lapar sangat.
Disini terdapat pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih dari ayam goreng, kari ikan, kari daging, kari sotong, telur dadar, telur ikan, sayur dan macam-macam lagi. Kalau cakap pasal harga pula, harga sepinggan nasi kandar bergantung kepada lauk yang dipilih. Banyak lauk maka tinggi lah harganya.
Pekerja Nasi Kandar Beratur tengah sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus. Dan jangan lupa minta kuah campur sebab yang menentukan kesedapan mana-mana nasi kandar terletak pada rasa kuah campurnya. Di Nasi Kandar Beratur rasa kuah campurnya memang sedap.
Santaplah ke Nasi Kandar Beratur. Segala penantiannya berbaloi. Rasanya yang enak akan membuatkan anda lupa yang anda telah beratur satu jam untuk menunggu nasi kandar anda.
Sekiranya anda ingin ke sana, Nasi Kandar Beratur terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan berada betul-betul di sebelah Masjid Kapitan Keling dan berhadapan dengan deretan kedai emas di Jalan Masjid Kapitan Keling. Bagi memudahkan anda untuk ke sana, anda boleh menggunakan Lebuh Chulia untuk menuju ke Jalan Masjid Kapitan Keling dan seterusnya sampai ke Nasi Kandar Beratur.
Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling
10200, Pulau Pinang
Koordinat GPS: U 5.416678 T 100.337603
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment
*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...