Friday 26 October 2012

Medan Renong Padang Kota Lama


BAGI mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang, kunjungan tidak akan lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke Padang Kota Lama yang terletak di tepi pantai Geoge Town. Ia juga dikenali dengan nama The Esplanade.

Selain tempat riadah bersama keluarga, di sini terdapat juga Medan Selera yg disediakan oleh Majlis Bandaran. Ada dua kategori  food court di sini iaitu untuk pengunjung muslim dan pengunjung bukan muslim. Memang berpinar biji mata bila melihatkan pelbagai gerai-gerai makanan di sini. Antara yang popular seperti pasembor, laksa penang, char keow teow, satay, mee sotong ,sotong bakar, wetern food ,laksa coconut shake,pasembor,mee kicap , satay dan banyak lagi.Boleh dikatakan gedung makanan la…heheheh… makan-makan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Tuuuuu diaaaaa!!! Punyalah ramai orang menikmati makan malam kat sini. Memang meriah!! Nak makan apa semua ada, sediakan duitnya je…..

Tapi nak bagi tau ni keunikan di sini jangan terkejut pula bila duduk dimeja ja kita akan dikerumuni oleh peniaga2 kat situ… membacakan segala apa ada menu yg dijual… kekadang  smpi panik jap… semuanya bercakap.. mana 1 nak dgr nie… huhuh…kalau rasa tak boleh nak buat pilihan cadangan saya bg tau ja “nanti kami oder” kalau tak …dia akan baca menu samapai kita buat pilihan…hahahah….

Tapi apa yang saya boleh katakan makanan di sini semuanya mantap memang sedap..

Toy Museum PENANG



         Toy Museum yang terletak di Tanjung Bungah. Namanya dah pun dah menggambarkan koleksi-koleksi kartun sejak zaman kita kanak-kanak lagi. Kalau nak tahu Toy Museum ni telah menyimpan lebih 100000 koleksi di dalamnya. Bayaran masuk untuk dewasa sebanyak sepuluh hengget bagi dewasa dan kanak-kanak 8 hengget.

          Muzium ini telah diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai muzium mainan terkenal di Malaysia. Lebih membanggakan, muzium ini adalah yang pertama dan terkenal di Asia. Muzium yang dibuka 7 hari seminggu dari jam 9 pagi sampai  9 malam ini diilhamkan oleh pemiliknya, Loh Lean Cheng yang mendapat ilham selepas melawat muzium mainan dan model di London.

Wednesday 24 October 2012

Ikan Bakar Kampung Nelayan, Teluk Tempoyak ,Penang


Industri pelancongan tidak lengkap jika tiada inudstri sokongan seperti logistik dan sebagainya. Tetapi industri pelancongan tidak akan lengkap jika tiada produk makanan yang sedap.

PENANG, kepada pelancong asing saya akan terpukau dengan keindahan di pulau ini. Pulau ini memang semulajadi cantik, memang sesuai dengan gelaran 'Pulau Mutiara' atau 'Pearl of the Orient'. Tetapi misi saya pada kali ini bukan mencari keindahan alam tetapi mencari keindahan makanan di pulau mutiara ini. 

Jika sampai di Pulau Mutiara ini jangan lupa singgah kedai makanan laut Pak Cik Adnan di Kampong Telok Tempoyak. Pak Cik Adnan telah berniaga ikan bakar semenjak tahun 1980an lagi. Maka tidak hairanlah bila anda merasa masakan laut Pak Cik Adnan, anda boleh merasa kepakaran lebih 3 dekad di dalam masakan beliau.
Jika anda dari Kuala Lumpur, selepas jambatan Pula Pinang belok ke kiri. Jengah-jengah papan tanda Muzium Perang. Selepas selekoh ke Muzium Perang, anda akan dapat melihat papan tanda ke Telok Tempoyak di sebelah kiri anda. Akan akan dapat melihat jalan yang berbukit...layan sahaja jalan tar naik dan turun bukit sehingga anda nampak dewan orang ramai disebelah kiri anda...kedai Pak Cik Adnan disebelah dewan tersebut.

Kedai ikan bakar ini beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 6 petang hingga 11.30 malam. Pengunjung dinasihat datang awal terutama pada hujung minggu. Tempat duduk dan meja makan banyak tapi pengunjung lebih banyak.hehehe….paham2 je la…. 

Jika anda datang pada waktu petang, anda dapat menikmati pemandangan ufuk yang kemerah-merahan. Sesiapa yang kaki pancing, boleh memancing di pelantar yang jauh ke melunjur ke tengah laut. Terdapat surau berhampiran. Jadi pada pengunjung dan pemancing tempatan, silalah ke surau untuk menunaikan solat maghrib.Kepada musafir, jangan lupa menjamak solat anda selepas menjamu selera.
Ada pelbagai pilihan makanan laut yang anda boleh pilih. Menu yang wajib adalah ikan bakar. Anda juga boleh mencuba kepah dan juga butter prawn. Pak Cik Adnan semasa muda pernah bekerja di gerai ikan bakar orang lain. Dia akhirnya mencipta resepi sambal nya sendiri dan mula membuka kedai makanan lautnya sendiri ditapak yang sedia ada sekarang. Berdasarkan pada jumlah pengunjung yang ramai dan kedai tersebut sudah bertahan selama lebih daripada 3 dekad, sambal ikan bakar Pak Cik Adnan memang tiada tandingannya.
Jangan risau tentang harga. Harga memang berpatutan dengan kesegaran dan kesedapan masakannya. Harga mampu makan, sesuai dengan pendapatan kita rakyat biasa ini. Kalau anda kebetulan berada di pulau mutiara, singgah-singgah lah ke Kedai Ikan Bakar di Teluk Tempoyak ni...kesedapannya sehingga menjilat jari.

Friday 19 October 2012

Satay Ah Basri Penang


Satay Ah Basri area Bayan Baru. Variasi satay yang pelbagai : Saray ayam, satay Daging, satay arnab, satay ostrich, satay rusa, satay udang, satay sotong..kuah satay nya mantap! Cuba sekali pasti nak lagi

Feri Penang



Kepada pelanggan yang menginap di Y&i Homestay dan tidak pernah merasa naik feri maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati tiupan angin laut yang menenangkan...best Ooooo....."Nasihat Admin jika datang penang jangan lupa penuhkan memory card hp dgn pic menarik di penang untuk kenangan hari tua..."

Rumah P.Ramlee


Datang Penang Jgn Lupa Melawat Rumah P.Ramlee.Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Thursday 18 October 2012

Keretapi Bukit Bendera


Koc Baru Keretapi Bukit Bendera...siap aircond lagi...Nikmati Pemandangan Menarik disini.. kita boleh tengok seluruh pemandangan di penang best Oooo...
GPS Coordinates: N5.424906, E100.268959

Fort Cornwallis



Kubu ini dibina di kawasan pendaratan Francis Light pada tahun 1786. Jadi ini adalah peninggalan sejarah yang masih utuh. Kini, ia berfungsi sebagai tempat teater, galeri bersejarah dan kedai-kedai menjual hasil kraftangan. Ia juga menempatkan meriam bersejarah milik Belanda, yang dihadiahkan kepada Sultan Johor, yang sebelum itu pernah dicuri oleh penjajah Portugis. Kawasan ini boleh dilawati dari jam 8.30 pagi hingga 7.00 malam. Bayaran masuk adalah RM1 untuk semua usia. Untuk mengenali sesebuah negera, lawatla tempat-tempat bersejarah kerna disitula segala maklumat dan fakta kelahiran negara tersebut dapat diketahui.


PENANG NIGHT TOUR GURNEY DRIVE



PENANG NIGHT TOUR...5 min dari you & i Homestay.
Apabila matahari terbenam, Pulau Pinang - juga dikenali dengan tempat yang riuh dan aktif. Tour Malam Pulau Pinang merupakan cara terbaik dan paling terkenal di pulau ini tarikan bermula petang dengan lawatan ke Gurney Drive semakin popular dan berada di persisiran pantai.Dengan rentetan restoran termasuk Gurney Drive Hawker Centre, ia adalah tempat yang sempurna untuk merasa masakan autentik Pulau Pinang termasuk asam laksa, char kway teow dan Hokkien mee pasemboq, lok - lok ,satay dan banyak lagi..
kawasan ini dikatakan bertambah menarik apabila matahari terbenam.
mana anda boleh membeli pelbagai jenis barangan daripada cenderamata dan pakaian untuk hidangan tempatan dgn hasil segar. Anda pasti akan mendapatkan lebih banyak barang untuk keuntungan anda di syurga membeli-belah ini dan ia adalah cara yang sempurna untuk mengakhiri malam anda . . .

Butterfly Farm



~ 16.3km dari you & i Homestay.Kapada penggemar serangga boleh datang melawat taman rama2 penang,bukan ada rama2 saja bnyak lagi binatang spt kala jengking,ulat bulu, lipan dan bnyk lagi.Tempat ni memang segar sbb bnyk tumbuhan hijau..terletak di Jalan Teluk Bahang.Taman ni penuh dihiasi lanskap semulajadi yang mengagumkan dengan pokok-pokok renek, pokok-pokok bunga dan segala macam tumbuhan yang menjalar di setiap sudut.Pastu ditambah pulak dengan ribuan rama-rama yang berwarna-warni, lagi la menambahkan keajaiban dan keunikan taman ini. Kadang-kadang tu, tak semena-mena, ada pulak rama-rama hinggap di badan kita,jinak la katakan..Di tengah-tengah taman ni ada kolam yang menambahkan ketenangan pengunjung dan didiami pelbagai ikan yang besar dengan selambanya berenang mendekati pengunjung dan ada pulak ikan yang tak pernah di lihat sebelum ini, ada kat sini...dtg penang jgn lupa singgah..

Batu Feringgi


~ 10km dr you& i homestay
Batu Feringgi sememangnya tempat yang menarik untuk dikunjungi terutamnya bagi bagi para penggemar aktiviti autdoor pantai. Antara yang popular di sini ialah Banana boat, jet-ski dan water-scouter,kuda . Namun yg paling menarik perhatian ialah parasailing.Best Oooo... sapa suka jgn lupa share pd member2 ye...mana tau ada kawan2 nak bercuti di Penang.

Batu Feringgi Night Market.


tempat yang menarik kepada penggemar night market...
banyak barang yg boleh dibeli disini....dvd ,cenderahati,baju dan banyak lagi...harga boleh tawar menwar...siapa pandai dapat la murah...hehehe...selamat bercuti....

Sejarah Penang



Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di Kawasan Tanjung di George Town yang dikenali dengan nama Tanjung Pen
aigre. Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuh Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (dikenali sebagai Lebuh Chulia kemudiannya) dan Lebuh Pitt. Di dalam kawasan ini rangkaian jalan-jalan dibina secara bersegi-segi menurut sistem blok perumahan dengan jalan-jalan kecil melintang di antara satu sama lain. Rangkaian jalan-jalan yang telah dibina masih kekal hingga ke hari ini. Kawasan di sebelah selatan Lebuhraya Malabar dikhaskan untuk perkampungan Melayu. Di sini satu tapak luas dikhaskan bagi sebuah masjid berhampiran dengan persimpangan Lebuh Pitt dan Lebuh Malabar. Dalam pemerintahan Captain Light pekan yang dibina ltu berpaya dan berlumpur tanpa satu sistem perparitan yang baik. Kawasan bandar pada ketika itu diduduki oleh orang-orang keturunan Asia dalam kampung-kampung yang kotor. Pendatang dari Europa tinggal di kawasan-kawasan yang lebih selesa dan bersih. Sehingga tahun 1807 Bandar George Town dilingkungi oleh satu parit besar yang mengalir dari laut di bahagian utara mengikut Jalan Transfer dan Jalan Maxwell yang ada kini. lni sehingga ke laut di bahagian timur bandar. Kerja-kerja menebusguna tanah telahpun bermula pada awal tahun tahun 1880. Aktiviti lni telah menambahkan luasan tanah bagi Pulau Pinang yang juga membawa kepada beberapa masalah perundangan dari segi usaha meluaskan muara sungai. Pada ketika ini masalah ini masih wujud sebagai "Weld Quay".

Sumber: Biro Penerangan Negeri Pulau Pinang


Chowrasata Market



Chowrasata Market atau nama melayunya, Pasar Chowrasta merupakan salah satu tempat kat Penang yang anda wajib pergi. Terletak di Georgetown, nama Chowrasta merupakan bahasa Urdu yang bermaksud "Diantara empat persimpangan jalan" iaitu Penan
g Road, Jalan Chowrasta, Jalan Kuala Kangsar dan Lebuh Tamil.
Daripada pemerhatian Chowrasta Market, disini dipenuhi dengan jeruk dan asam barangan cenderahati dan macam2 lagi.Terdapat juga kedai cendol dan kedai menjual buah berangan di luar pasar.Kepada penggemar jeruk jangan lepaskan borong kat sini & jadikan ole2 ye…
Di bahagian atasnya terdapat banyak kedai menjual baju, kasut dan beberapa keperluan lain..

Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets