Permohonan
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan mulai November 2012 melalui
Pejabat Pembangunan Negeri, Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi
seluruh negara.
Pemohon
yang telah mendaftar untuk BR1M sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran
semula. Hanya permohonan yang ditolak perlu membuat permohonan KECUALI jika :
- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
- Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013
Borang
boleh di dapati secara percuma menerusi :
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Anda juga
boleh mengisi/kemaskini borang secara
online ebr1m pada pautan dibawah:
Syarat
Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 (Isi Rumah) –Bantuan sebanyak RM 500
- Warganegara Malaysia
- Berkeluarga / Ketua Keluarga dengan isi rumah keseluruhan berpendapatan bulanan RM 3000 ke bawah.
Tarif ketua
keluarga
- Individu yang telah berkahwin
- Ibu /bapa tunggal yang mempuyai tanggungan
- Bujang yang mempunyai tanggungan
- Warga emas berumur 60 tahun ke atas yang hidup bersendirian.
Syarat
Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Skim Individu Bujang – Bantuan sebanyak RM
250
- Warganegara Malaysia
- Bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2000 ke atas.
- Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
- Bukan penuntut IPTA/IPTS
- Bekas penuntut IPT dan masih menganggur