Hari ni nak sembang pasai “ Nasi Kandaq Line Clear” !!! Sapa tak pernah dengaq nama ni memang top la kan.Tapi kalau nak cari tu belum tentu hampa jumpa sebab tempat ni agak tersorok sikit kalau tak prihatin terlepaih la jawabnya. tapi berjinggut gak la nak cari kedai nie...dekat 10 kali round tak perasan kedainya coz kedai nie dicelah-celah bangunan besar,untuk makluman hampa, nasi kandar Line Clear yang terletak di tengah2 bandar Georgetown.
Kedai mamak Line Clear ni terletak di celah lorong ja, kerusi ala2 kantin sekolah, meja pun nak roboh, tetapi masakan dia, peeerrrrgh terangkat!, pasti teringat sampai bila2, aku pun tak taula apa yang dia bubuh dalam kari dia, tapi yg pasti, 24 jam kedai ini akan dipenuhi dengan pelanggan dari serata pelusuk tanah aiyaq,kalau mai tengah hari atau malam, sebiji macam stesen bas kerana orang beratoq nak ambil lauk punyalah panjang.Agak2 mahal ke murah...tapi rasa memang berbaloi la dengan lauk yang kita ambil.Jagan rabun mata masa nak ambil lauk tu… kang masa nak bayaq pun rasa nak rabun …heheh… amik yang patut2 ja tau…
Bagi orang yang berada sekitaq Penang atau nak mai melancong kat Penang boleh la singgah kat sini ….
0 ulasan:
Post a Comment
*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...