Sunday, 30 December 2012

Taman Perbandaran MPPP (Youth Park/Taman Belia) Pulau Pinang





       Jom kita sembang tentang TAMAN PERBANDARAN PULAU PINANG pulak.Jarak homestay YOU & I HOMESTAY ke taman belia l ~ 3.2 km,jika menaiki kenderaan mengambil masa ~ 8 minit.ia bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan masyarakat setempat malah amat sesuai untuk aktiviti rekreasi dan beridah bersama keluarga.Menurut pegawai Tadbir MPPP ia dibuka sejak tahun 1972 dan dikenali sebagai Taman Belia atau Youth Park ketika itu. Pada tahun 1993 namanya ditukar secara rasmi kepada Taman Perbandaran MPPP.
       Di sini tersedia pelbagai aktiviti menarik antaranya berkelah dan mandi-manda di kolam mandi . Ada 3 kolam mandi (percuma) di sini,selain itu pengunjung juga bebas melakukan aktiviti riadah lain seperti senaman tai chi dan senamrobik di padang serba guna atau sekadar menghirup udara segar dengan berjalan-jalan atau berjoging di trek yang dibina khas. Sementara itu, panggung terbuka yang dikhaskan untuk persembahan hiburan, gimnasium, Skate Park dan memanah mempopularkan lagi kawasan rekreasi berkenaan. Pengunjung yang menggemari aktiviti lasak pula, mereka boleh merasai pengalaman mencabar menerusi sukan lasak di bawah Persatuan Sukan Lasak Pulau Pinang yang acap kali dijalankan di situ selain aktiviti sampingan seperti hiking dan jogathon
         Taman itu turut mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Landskap Negara selain Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengindahkan lagi persekitaran. Taman yang berkonsepkan laman hijau memperuntukkan satu lokasi untuk tanaman pelbagai tumbuhan renek. Jumlah pengunjung ke taman tersebut mencecah 1,000 orang setiap hari dan adakala melebihi 3,000 hingga 5,000 orang terutama pada hujung minggu dan menjelang musim cuti sekolah atau hari kelepasan am. Pengunjungnya bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan malah terdapat juga pelancong asing. Tidak perlu risau untuk berkunjung pada hari cuti memandangkan telah tersedia kawasan letak kereta yang mencukupi di situ selain kemudahan kedai cenderahati dan lain-lain. Taman seluas 66.8 hektar dibuka secara PERCUMA kepada orang ramai dari pukul 7.00 pagi hingga 7.00 petang
     Jika mengunjungi Pulau Pinang jangan lupa singgah ya… Tempat ni memang menarik selain dapat menghirup udara segar anda dapat melihat keindahan tumbuhan hijau.. tempat ini memang bersih…


0 ulasan:

Post a Comment

*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...

Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets