Saturday, 11 January 2014

Muzium Lukisan Batik Penang


Seni Lukisan Batik

Lukisan batik dikenali secara meluas sebagai satu bentuk seni Malaysia yang unik di dalam dunia seni.


Matlamat Muzium ialah untuk melakukan pengkisahan sejarah bentuk seni batik yang bermula sejak sekitar 1950'an dan perkembangan selanjutnya oleh beberapa orang pelukis berbakat di Malaysia.

Kini terdapat lebih kurang 80 karya lukisan Batik yang dapat dipersembahkan dalam Muzium ini. Ianya bermula dengan hasil karya awal Teng dari tahun 1950an hingga terkini. Lebih 25 orang pelukis yang turut dipilih termasuklah Khalil Ibrahim, Tay Mo-Leong (Dato'), Fatimah Chik, Toya, Koay Soo Kau, Cheong Soo Pieng, Seah Kim Joo dan lain-lain.

Sebilangan kecil daripada pelukis di negara lain turut menghasilkan karya berbentuk Lukisan Batik. Muzium ini turut menyediakan sebuah ruang kecil dan mempamerkan hasil karya pelukis-pelukis dari negara China, Indonesia dan Thailand.

Kepada penggemar seni lukisan berkunjunglah ke sini bagi kepuasan anda sendiri.
Address:
19, Armenian Street, 10200 Penang
TEL:+604 2624 800
FAX:+604 2624 800
Email:batikpg@gmail.com
Masa urusan:
10am - 5pm (Mon - Sun)
10am - 3pm (Sat)
Tutup hari cuti Am
Harga tiket:
RM5.00 (dewasa)
RM1.00 (Sekolah)



sumber dari http://batikpg.com/Home.php



The Wet World Wild Adventure Park Penang


The Wet World Wild Adventure Park Penang,
Taman laut pengembaraan air yang pertama di Asia akan membuat percikan di Pulau Pinang. Terletak di Moonlight Bay, kawasan rekreasi ini ada perbagai jenis seperti "Rock Climbing,Running Track,Trampoline,Swings,Slides,Human Catapult"  Taman air laut beroperasi dari 8:00-6:00 dengan tiket berharga RM30 setiap 2 jam sesi dan dengan kapasiti maksimum 80 orang pada satu-satu masa.Jarak You & i homestay ke taman Tema Laut ini ~8.5km
Jangan lepaskan peluang utuk bermain air bersama rakan-rakan atau keluarga bila anda berkunjung ke Pulau Pinang.Jarak You & i homestay ke taman Tema Laut ini ~8.5km 
Waktu pembukaan adalah dari jam 9 pagi 7 petang.

Sunday, 5 January 2014

Permohonan/Update Online BR1M 3.0 (2014) / Skim Individu Bujang @ Download Borang


Menerusi kenyataan media, permohonan BR1M 3.0 telah dibuka mulai 23 Disember 2013 hingga 31 Januari 2014. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma.

Langkah Kemaskini Br1m 3.0 cara mudah !

1. Isikan No Maykad & Tarikh Lahir
2. Pilih Akaun Bank Anda dan isikan no akaun.
   masukan kod pengesahan dan clik kemaskini.

3. tik setuju dan hantar. 

4. akan keluar pop-up  permohonan telah berjaya dikemaskini.
   click cetak utuk simpanan anda...

 Terima kasih ...





Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets