Monday 1 December 2014

CARA KEMASKINI BRIM 2015


CARA KEMASKINI BRIM 2015
Bagaimana cara untuk mengemaskini BR1M 2015?
Berita baik buat rakyat Malaysia yang layak untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2015.
Tuan / Puan,
BR1M 2015: KEMAS KINI MAKLUMAT PEMOHON
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pendaftaran BR1M 2015 akan bermula pada 1 Disember 2014. Bagi memastikan permohonan BR1M tuan / puan dapat diproses dengan sempurna, sukacita diminta untuk mengemaskini semula maklumat peribadi seperti berikut:
I. Maklumat pasangan / tanggungan;
II. Alamat terkini pemohon bagi memastikan tiada keciciran semasa proses pengeposan surat;
III. Maklumat akaun bank pemohon. Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar sebanyak 3 kali setahun. Justeru itu,       tuan / puan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan         terus ke akaun bank tuan / puan. Senarai bank yang dibenarkan adalah seperti di lampirkan; dan
IV.  Untuk makluman, penerima BR1M 2015 di bawah kategori isi rumah dan warga emas adalah layak dipertimbangkan untuk                 menerima Skim Khairat Kematian. Oleh itu, pemohon di bawah kategori isi rumah dan warga emas diminta untuk mengemukakan       maklumat waris bagi tujuan pembayaran khairat kematian.
3. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my atau dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) dan dikembalikan ke mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM.
4. Kegagalan tuan / puan mengemaskini maklumat di atas akan menyebabkan permohonan tuan / puan tidak diproses. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan Malaysia).
Sekian, terima kasih.


SENARAI NAMA BANK YANG DIBENARKAN UNTUK PEMBAYARAN BR1M 2015
Perhatian kepada semua pemohon BR1M 2015. Puan / Tuan dinasihatkan agar dapat mengemukakan maklumat akaun bank yang tepat bagi memastikan bayaran dapat disalurkan terus ke akaun bank tuan / puan.
Bagi tujuan pembayaran BR1M 2015, senarai nama bank yang dibenarkan adalah seperti berikut:
1. AFFIN BANK BERHAD
2. AGRO BANK
3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4. AM BANK BERHAD
5. AL RAJHI BANK
6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7. BANK RAKYAT
8. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9. BANK SIMPANAN NASIONAL
10. CIMB BANK BERHAD
11. CITIBANK BERHAD
12. HONG LEONG BANK
13. MAYBANK
14. OCBC BANK
15. PUBLIC BANK BERHAD
16. RHB BANK BERHAD
17. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
Nota:
1. Jenis akaun yang dibenarkan:
    i. Akaun simpanan bank atas nama pemohon sahaja.
2. Akaun Pinjaman, Akaun Bersama dan Akaun Syarikat adalah tidak dibenarkan.

0 ulasan:

Post a Comment

*sila tinggalkan komen anda
*Kalau suka tekan like.
*Jika berkesempatan komen anda akan dilayan
*Terima kasih kerana sudi malawati kami
*Datang lagi...

Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets