Bayaran masuk adalah RM 20 untuk dewasa. Hamapamai lah sini,
melawat muzium perang yang terbesaq kat Asia Tenggara nie. Dibina pada tahun
1930 dan start digunakan untuk operasi ketenteraan pada tahun 1939.
Pada tahun 1942 kubu nie jatuh ke tangan Jepun lapaih kalah
kat pihak British. Dan jugaklah geng
Jepun konquer tempat nie dalam 2.5 tahun sebelum Jepun tersungkoq kepada
tentera perikatan pada tahun 1945.lepaih dari tu, kawasan nie terbiaq sepi.
Keluasan sebenaq kawasan nie adalah 8 hektaq yang merangkumi
29 tempat menarik untuk dilawati termasuk struktur kubu-kubu tempat
perlindungan tentera, lubang perigi, klinik, open teater room, menara tinjau,
20 port menembak, 12 berek askaq , penjara, dapur, bilik rehat, penjana
elektrik dan beberapa tempat menarik lagi.
Pernah terbaca adanya unsur unsur mistik di tempat nie yang
akan menambahkan lagi unsur-unsur suspen sepanjang lawatan hampa. Tapi jangan
lah risau, datang melawat waktu siang ja, nak takut buat apa..hahaha.
Hampa perlu tau, tempat nie dulu berlakunya penyeksaan dan
pembunuhan. Lapaih 60 tahun tempat nie terbiaq, maka bermulalah usaha membaik
pulih tempat ni untuk dijadikan muzium dan tatapan orang ramai. Maka
bertempiaranlah haiwan liaq yang dulunya mendiami tempat nie mencari port baru.
Takdala mistik sangat pun, tapi hampa akan melawat tempat
kejadian asai dimana tahanan dipancung, diseksa, dipenjara. So memang meremang
jugak bulu roma bila berada di tempat ni bila tengok gambar-gambar lama asal
kat sini. Ada sesetengah tempat yang masih mengekalkan cat hijau asai semasa
pemerintahan Jepun masa dulu.
Kalau setakat nak tengok serpihan pinggan mangkuk asai yang
digunakan dulu pun masih ada lagi. Periuk, kuali dan juga alatan untuk
penyeksaan.
"Muzium Perang ini yang terletak di Batu Maung
merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang. Muzium Perang ni
seluas 20 ekar memiliki pelbagai perkakasan dan barangan bersejarah berkait
dengan tentera British dan sekutunya semasa Perang Dunia Kedua.
Ia menampilkan tempat kediaman tentera British yang besa
dilihat semasa Perang Dunia Kedua. Barang-barang ini ditempatkan di beberapa
tempat di atas dan di bawah peninggalan kubu lama British. Pelancong boleh
menjelajah melalui berek tentera, rumah masak lama, bilik tahanan, terowong,
dan liang pengudaraan." mai penang jangan tak singgah pulak.