Saturday, 27 April 2013

Senarai Restoran Nasi Kandar Penang


Kali ni saya nak bagi tahu kepada siapa berhajat bercuti ke Pulau Pinang dan nak try nasi kandar.
Antara senarai nasi kandar yang ada di penang .


# Nasi Kandar Bintang

# Nasi Kandar Tajuddin Hussain

#Nasi Kandar Hemeediyah

# Nasi Kandar Kapitan

#Nasi Kandar Kayu Original 

# Nasi Kandar Line Clear

#Nasi Kandar Deen

# Nasi Kandar Mohd Raffe

# Nasi Kandar Beratur

#Nasi Kandar Pokok Ketapang

#Nasi Kandar Pelita

#Nasi Kandar  Kassim Mustaffa

# Nasi Kandar T.S Bismi 

# Nasi Kandar Kampung Melayu

Inilah antara nasi kandar yang ada di penang,rasanya mengikut tekak tersendiri.Ada yang kata line clear sedap ,ada yang kata Kampung Melayu terserah pada pilihan masing2.Tapi yang pasti nasi kandar di penang memang best. Mai pekena Nasi Kandaq 1.
Selamat menjamu selera ... nyum 2.tapi kalau ada yang tak tersenarai saya minta maap ya mungkin terlepas pandang.

Monday, 22 April 2013

You & i Homestay Three

Diatas permintaan, kami akan membuka  homestay yang ke - 3 untuk tetamu kami,Insya-Allah mula beroperasi pertengahan bulan May 2013. Terima Kasih kerana menyokong kami.
"Keselesaan Anda Kepuasan Kami"

Saturday, 20 April 2013

Nasi Kandar Beratur Penang Resepi Original Sejak 1943



Kalau sebut Nasi Kandar Beratur pasti ramai yang dah tahu keistimewaan nasi kandar ini. Resipi original yang digunakan untuk nasi kandar ini telah digunakan semenjak tahun 1943 lagi.Bagi yang belum pernah mendengar nama Nasi Kandar Beratur kini  anda akan mengenali nasi kandar yang sangat famous di Pulau Pinang ini.

Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa nama kedainya Nasi Kandar Beratur? Jawapannya ada pada gambar di bawah.
Ini adalah situasi yang biasa anda akan lihat bila berkunjung ke Nasi Kandar Beratur. Pengunjung akan biasanya beratur sebelum pukul 10 malam lagi. Bagi yang ingin ke sini pastikan anda tidak datang dengan perut yang kosong sebab anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran anda. Takut ada yang pitam pulak sebab lapar sangat.

Disini terdapat pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih dari ayam goreng, kari ikan, kari daging, kari sotong, telur dadar, telur ikan, sayur dan macam-macam lagi. Kalau cakap pasal harga pula, harga sepinggan nasi kandar bergantung kepada lauk yang dipilih. Banyak lauk maka tinggi lah harganya.
Pekerja Nasi Kandar Beratur tengah sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus. Dan jangan lupa minta kuah campur sebab yang menentukan kesedapan mana-mana nasi kandar terletak pada rasa kuah campurnya. Di Nasi Kandar Beratur rasa kuah campurnya memang sedap.
Santaplah ke Nasi Kandar Beratur. Segala penantiannya berbaloi. Rasanya yang enak akan membuatkan anda lupa yang anda telah beratur satu jam untuk menunggu nasi kandar anda.
Sekiranya anda ingin ke sana, Nasi Kandar Beratur terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan berada betul-betul di sebelah Masjid Kapitan Keling dan berhadapan dengan deretan kedai emas di Jalan Masjid Kapitan Keling. Bagi memudahkan anda untuk ke sana, anda boleh menggunakan Lebuh Chulia untuk menuju ke Jalan Masjid Kapitan Keling dan seterusnya sampai ke Nasi Kandar Beratur.

Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling
10200, Pulau Pinang

Koordinat GPS: U 5.416678 T 100.337603


Wednesday, 17 April 2013

Sup Hameed Penang ( Tempat Makanan Sedap di Pulau Pinang)




Jika anda berada di Pulau Pinang dan telahpun puas menjamu selera dengan Nasi Kandar di waktu siang, apa kata pada sebelah malamnya Anda mencuba Sup Hameed.
Restoran ini terletak di Penang Road berhadapan Hotel Malaysia Georgetown. (coordinate :  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E ). Tepi jalan je. senang nak nampak. cuma kereta kalau nak parking susah sikit la..Di samping sup, restoran ini juga turut menawarkan menu
Nasi Kandar dan makanan lain.

Sup Hameed ni agak terkenal juga dikalangan penduduk Penang.. mereka kebiasaannya akan kesini untuk menghirup sup yang panas-panas .
Walaupun Sup yang dihidangkan agak cair dan kurang pekat, rasanaya agak berlainan dan istimewa. Tidak hairanlah orang ramai sentiasa bertumpu untuk menikmati pelbagai rasa sup di sini.


Apa yang lebih istimewa ialah Restoran ini turut menawarkan Sup
Torpedo yang jarang-jarang ditemui di restoran Sup lain.selain itu ada. sup daging, sup ayam, sup kambing, sup urat, sup perut, sup ekor.

Kalau order sup, automatic akan dapat roti. nak makan atau tak roti tu, terpulang. kalau tak nak, jangan sentuh. (harga lain-lain). kalau nak makan dengan nasi pun boleh. kalau rasa tak cukup, sup boleh refill, tapi sekali je la.
Rempah yang digunakan juga tidak terlalu
kuat dan supnya boleh di hirup pantas, panas dan puas.

Da rasa lapar sup? Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..
.. Memang marveles..  .

Waktu perniagaan bagi Sup ini ialah selepas jam 4.30 petang hingga larut malam.
Selamat mencuba.


Wednesday, 10 April 2013

Semakan Daftar Pemilih Online PRU 13 atau Melalui SMS / Borang Permohonan Undi POS



Pilihan raya ke 13 akan muncul tidak lama lagi setelah pembubaran Parlimen beberapa hari yang lalu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Pastinya ramai yang sudah mendaftar sebagai pengundi. Bagi yang telah mendaftar, anda boleh membuat semakan melalui laman web, sms dan juga talian telefon.

1.Semakan Melalui Laman Web
 *Klik link Semakan Daftar Pemilih atau Semakan Isi Rumah Di Laman Web SPR -      http://daftarj.spr.gov.my//
* Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan klik SEMAK


2. Semakan Melalui SMS


Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888

3. Semakan Melalui Talian Telefon


Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)


4. Bagi yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di Seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission

(f) Senarai Penolong Pendaftar

6. Senarai Pusat Mengundi





7.BORANG PERMOHONAN UNDI POS

Sekiranya anda tidak dapat hadir ke Pusat-pusat    Pengundian Awal/ Biasa kerana :
a) Merupakan anggota polis yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
b) Merupakan anggota tentera yang terpaksa bertugas menjaga ketenteraman awam
c) Merupakan petugas Media yang bertugas membuat liputan perjalanan Pilihan Raya di luar kawasan
d) Merupakan Petugas-petugas Pilihan Raya yang terpaksa bertugas menguruskan Pilihan Raya

Anda layak untuk memohon Undi Pos. Sila muat turun BORANG 1A (Permohonan Undi Pos Dalam Negara)


Dapatkan maklumat terkini tentang PRU13 melalui : 
Selamat mengundi Rakyat Malaysia !!!!!!




Sunday, 7 April 2013

Makanan Sedap Menarik di Pulau Pinang Tranfer Road



Saya percaya ini merupakan satu tempat yang sangat biasa bagi kebanyakan penduduk tempatan Pulau Pinang. Sebuah tempat yang sangat terkenal mempunyai roti canai sebagai sarapan pagi. Ia terletak di Tranfer Road.

Gerai dan meja makan yang terbentang sepanjang beberapa bangunan hanya di tepi jalan. Ramai orang makan di sini, jadi anda perlu menunggu dengan sabar untuk roti canai anda untuk dihidangkan.Roti canai kuah banjir...hahaha....siapa nak cuba oder.anda akan nampak pinggan akan dibanjiri kuah...Ada kuah ayam dan daging .  nyum ....

ni dia kedai roti canai yg femes di Penang ni...satu Penang tau betapa sedapnya roti canai kat sini..Kalau datang lambat maka berdiri la nak tunggu meja kosong.


Selain itu Roti Bakar juga femes di sini..Roti bakar telur separuh masak..Harga satu set RM2.50..yang menjadikan ianya spesel sebab Roti benggali tu dibakar pakai arang ..bukan pakai elektrik ya macam toaster..Rasanya like roti bakar dan telur la kan....but slightly sedap dari yang lain  sebab Roti bakarnya pakai arang..so tradisional yet it so delicious!Aromanya mencengkam jiwa...
Mai jemput makan telur 1/2 masak...



Siapa yang nak singgah ni alamat dia:

56, Jalan Transfer,
Georgetown,
Penang.

dibuka dari pukul:
6.30 pagi  hingga 1 tengahari






Facebook

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

?

Powered By Blogger Widgets